NOTA
PINTAS NOVEL JENDELA
MENGHADAP JALAN VS SONGKET BERBENANG EMAS
BIL
|
KATA KUNCI
|
NOVEL
|
PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
PERWATAKAN
|
L.MASYARAKAT
|
L.MASA&
TEMPAT
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
SUMBANGAN/
MESEJ/PEDOMAN/ISTIMEWA/MENARIK
|
1.
|
Kasih sayang
|
T4
|
Ibu Lili mencadangkan Lili menghabiskan cuti
persekolahannya di kampung neneknya di Dungun, Terengganu dan Lili akur akan
cadangan ibunya itu kerana dia terlalu menyayangi ibunya.
|
Kasih sayang anak terhadap ibunya
|
Seorang yang penyayang
|
Masyarakat yang penyayang
|
Pagi
Rumah Lili
|
Kasih sayang
|
Kita hendaklah saling
menyayangi antara satu sama lain
|
*Mendidik pembaca agar sentiasa menyayangi antara satu
sama lain
|
|
|
T5
|
Dahlia melawat
ibunya, Saleha yang dirawat di Hospital Permai dan berharap ibunya segera
sembuh kerana dia amat menyayangi ibunya.
|
Kasih sayang anak terhadap ibunya
|
Seorang yang penyayang
|
Masyarakat yang penyayang
|
Petang
Hospital
Permai
|
Kasih sayang
|
Kita hendaklah saling
menyayangi antara satu sama lain
|
*Mendidik pembaca agar sentiasa menyayangi antara satu
sama lain
|
2
|
Bertanggung
jawab
|
T4
|
Danel sanggup
mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Lili yang diculik dan disembunyikan
oleh Haziq dan Rafiq demi menunaikan tanggungjawab terhadap rakan yang sedang
diancam bahaya.
|
Tanggungjawab terhadap rakan
|
Seorang yang bertanggungjawab
|
Masyarakat yang bertanggungjawab
|
Malam
Rumah usang
|
Tanggung
jawab
|
Kita hendaklah menjalankan
tanggungjawab
terhadap rakan yang dalam kesusahan.
|
*Mendidik pembaca agar menjalankan tanggungjawab
terhadap orang
yang dalam kesusahan
|
|
|
T5
|
Embong bertanggungjawab
menyara kehidupan keluarganya dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa
sawit.
|
Tanggungjawab terhadap keluarga
|
Seorang yang
bertanggungjawab
|
Masyarakat yang bertanggungjawab
|
Pagi
Kebun getah
dan sawit
|
Tanggung
jawab
|
Kita hendaklah menjalankan
tanggungjawab terhadap keluarga
|
*Mendidik pembaca agar menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga
|
3.
|
Prihatin
|
T4
|
Lili prihatin
terhadap keluarga Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh
Seman. Dia berusaha untuk membantu Che Jah, Haziq dan Rafiq walaupun
ditentang oleh datuk dan neneknya pada permulaan.
|
Sikap prihatin terhadap nasib malang seseorang
|
Seorang yang prihatin
|
Masyarakat yang prihatin
|
Petang
Rumah Che Jah
|
Keprihatinan
|
Kita hendaklah prihatin
terhadap masalah orang lain
|
*Mendidik pembaca untuk sentiasa prihatn terhadap
masalah orang lain
|
|
|
T5
|
Ibu Dahlia
iaitu Saleha telah dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan sakit jiwa
atas keprihatinan Haji Sulaiman.
|
Sikap prihatin sesama
manusia
|
Seorang yang prihatin
|
Masyarakat yang prihatin
|
Malam
Rumah Embong
|
Keprihatinan
|
Kita hendaklah prihatin
terhadap masalah orang lain
|
*Mendidik pembaca untuk sentiasa prihatn terhadap
masalah orang lain
|
4
|
Berani
|
T4
|
Che Jah
membuat pengakuan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini,
penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.
|
Keberanian menyatakan sesuatu yang
benar
|
Seorang yang berani
|
Masyarakat yang berani
|
Pagi
Balai Raya
Kampung Sentosa
|
Keberanian
|
Kita hendaklah berani menyatakan sesuatu kebenaran
|
*Mendidik pembaca untuk berani untuk menyatakan perkara
yang benar
|
|
|
T5
|
Dahlia
berusaha menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas ketika mandi di sungai
hadapan rumahnya. Walau bagaimanapun, Said tidak dapat diselamatkan.
|
Keberanian dalam menyelamatkan nyawa
|
Seorang yang berani
|
Masyarakat yang berani
|
Pagi
Sungai di hadapan rumah
Dahlia
|
Keberanian
|
Kita hendaklah berani dalam
menyelamatkan
nyawa seseorang
|
*Mendidik pembaca untuk berani dalam menyelamatkan nyawa
seseorang
|
5
|
Tabah
|
T4
|
Datuk tabah
meneruskan pekerjaan dan minatnya sebagai pengamal perubatan tradisional
kerana masih ramai penduduk kampung
yang percaya akan perubatan tradisional termasuk ibu Geetha. Walau
bagaimanapun, dia agak tersinggung apabila Danel memberhentikan rawatan
ayahnya William yang merupakan pesakit datuk untuk beralih kepada rawatan
moden.
|
Ketabahan meneruskan usaha mengekalkan
perubatan tradisional
|
Seorang yang tabah
|
Masyarakat yang tabah
|
Sepanjang usia
datuk
Rumah datuk di
Kampung Sentosa
|
Ketabahan
|
Kita hendaklah tabah dalam
mengusahakan
sesuatu yang menjadi minat kita
|
*Mendidik pembaca untuk tabah dalam meneruskan sesuatu usaha
walaupun menghadapi cabaran
|
|
|
T5
|
Dahlia tabah
meneruskan pembelajarannya menjelang peperiksaan STPM walaupun terpaksa
keluar dari asrama kerana menjaga adik-adiknya lantaran ibunya mendapat
rawatan di Hospital Permai dan kerana kemiskinan. Dahlia tetap belajar di
pusat pemindahan banjir walaupun serba kekurangan.
|
Ketabahan dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup
|
Seorang yang tabah
|
Masyarakat yang tabah
|
Semasa banjir
Di rumah / di
pusat pemindahan banjir
|
Ketabahan
|
Kita hendaklah tabah dalah
menghadapi pelbagai
dugaan hidup
|
*Mendidik pembaca untuk tabah dalam menghadapi dugaan
|
6
|
Gigih
|
T4
|
Geetha belajar
bersungguh-sungguh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti
Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam
|
Kegigihan menuntut ilmu
|
Seorang yang gigih
|
Masyarakat yang gigih
|
Pagi
Di dalam bas
|
Kegigihan
|
Kita hendaklah gigih dalam menuntut ilmu
|
*Mendidik pembaca untuk gigih dalam menuntut ilmu
|
|
|
T5
|
Sebelum ke
Jepun, Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama
enam bulan
|
Kegigihan menuntut ilmu
|
Seorang yang gigih
|
Masyarakat yang gigih
|
Pagi
Sekolah
Menengah Temenggung Ibrahim
|
Kegigihan
|
Kita hendaklah gigih dalam menuntut ilmu
|
*Mendidik pembaca untuk gigih dalam menuntut ilmu
|
7
|
Rajin
|
T4
|
Lili dan
Geetha rajin membantu nenek memasak di dapur malah Lili juga sering bangun
awal untuk membantu nenek menyelesaikan kerja rumah.
|
Kerajinan
membantu menyelesaikan kerja rumah.
|
Seorang yang rajin
|
Masyarakat yang rajin
|
Pagi
Rumah nenek
|
Kerajinan
|
Kita hendaklah rajin membantu menyelesaikan
sesuatu kerja.
|
*Mendidik pembaca untuk mengamalkan nilai kerajinan
|
|
|
T5
|
Dahlia
berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah.
Dahlia memberitahu Siti Wangi bahawa dia telah pun mengumpul isi-isi kerja
kursus Cikgu Hisham tetapi faktanya masih belum lengkap.
|
Kerajinan
melakukan sesuatu tugas.
|
Seorang yang rajin
|
Masyarakat
yang rajin
|
Petang
Padang bola
jaring
|
Kerajinan
|
Kita hendaklah rajin melakukan sesuatu
tugas.
|
*Mendidik pembaca untuk mengamalkan nilai kerajinan
|
PLOT
CERITA/SINOPSIS
|
PERMULAAN
|
PERKEMBANGAN
|
PUNCAK
|
PELERAIAN
|
JENDELA
MENGHADAP JALAN
|
Ø Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan
menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali
ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa
kecil hati.
Ø Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha
dalam bas.
|
Ø Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian
kubah surau.
Ø Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang
kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung
datuk.
Ø Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan
secara tradisional.
Ø Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya
menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
Ø Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana
menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
Ø Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan
perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk
tidak berkecil hati.
Ø Danel sering menulis artikel tentang pisang.
Ø Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan
oleh Danel.
|
Ø Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah
surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan
mereka tersasar.
|
Ø Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan
polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
Ø Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
Ø Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
Ø Rafiq dihantar ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ø Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang
memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
Ø Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
Ø Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk
kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
Ø Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
Ø Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya.
Ø Haziq dan Rafiq kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.
|
SONGKET BERBENANG EMAS
|
Ø Dahlia pelajar
tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola
jaring. Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam
rendah.
Ø Semasa berhenti
rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.
Ø Azhari datang
menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di
universiti. Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia.
Ø Pada petang itu,
Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
|
Ø Dahlia amat
sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah pada
waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya
memujuk emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.
Ø Nek Kiah
menyalahkan Embong yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman.
Ø Dengan
bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya
dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin serius.
Ø Dahlia
terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menguruskan
adik-adiknya.
Ø Abah
Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular.
|
Ø Abu Bakar
menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia
menyuruh Abu bakar membuangnya ke sungai.
|
Ø Kedatangan
Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk mengikuti
pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu
mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Ø Majlis
pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai.
Ø Azhari
datang berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur.
Dia telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia.
Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada
di mana-mana jua.
|
CABARAN@KONFLIK
DAN CARA PENYELESAIAN
NOVEL
|
KONFLIK
|
CARA PENYELESAIAN
|
JENDELA
MENGHADAP JALAN
|
Ø Konflik untuk meletakkan kubah surau sama ada di surau lama atau di
masjid yang akan dibina.
Ø Konflik rumah tangga antara Che Jah dengan suaminya,Seman.
|
Ø Lili, Danel dan Geetha akan mengadakan
perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan
kepentingan membina masjid daripada memasang kubah di bumbung surau.
Ø Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai
pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga
Che Jah.
|
SONGKET
BERBENANG EMAS
|
Ø Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka
buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke
rumahnya.
Ø Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan
Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya
dimasukkan ke hospital.
|
Ø Dahlia hanya mendiamkan diri semasa ditegur oleh Nek Kiah.
Ø Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke
sekolah.
|
MASYARAKAT
YANG PINCANG/KEPINCANGAN MASYARAKAT (TINDAKAN
WATAK YANG TIDAK WAJAR DICONTOHI)
NOVEL
|
KEPINCANGAN MASYARAKAT
|
SEBAB TIDAK WAJAR DICONTOHI
|
PERISTIWA
|
JENDELA
MENGHADAP JALAN
|
Kepincangan
masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial
|
Pelibatan dalam gejala sosial sehingga merosakkan diri sendiri dan
menyusahkan penduduk kampung.
|
Sebagai contohnya,
Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka
terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
|
SONGKET
BERBENANG EMAS
|
Kepincangan masyarakat
yang memandang serong tentang kemiskinan orang lain
|
Sikap
memandang serong terhadap orang miskin sehingga menimbulkan perasaan benci
terhadap keluarga sendiri.
|
Sebagai contohnya,
Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup
dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.
|