KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

KEMAHIRAN BERFIKIR




PENGENALAN
            Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga tetapi untuk perjalanan yang akan datang , guru memainkan peranan yang penting untuk menentukan serta membentuk generasi kedua. Kejayaan yang dihasratkan dan yang ada kaitan secara langsung dengan pendidikan di antara yang lainnya termasuklah cabaran keenam dalam wawasan 2020, iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh ke hadapan. Masyarakat bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi memberi sumbangan kepada kemajuan teknologi masa hadapan. 

            Semua manusia menjalani proses berfikir. Namun, jenis dan cara mereka berfikir adalah berbeza-beza di antara individu dengan individu yang lain. Kualiti serta buah fikiran yang dihasilkan juga berbeza. Kemahiran dalam selok belok berfikir kreatif dan kritis amat perlu untuk tujuan-tujuan seperti mengelakkan kesilapan berfikir, meningkatkan pemikiran secara kreatif dan kritis, memperkembangkan daya intelek, dan merealisasikan wawasan 2020.
            Pemikiran kreatif dan kritis (KBKK) mampu mendorong seseorang pelajar untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah, di samping keupayaan untuk memproses maklumat dan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Idea baru terhasil melalui pengalaman atau gabungan idea-idea yang ada. 

           Pemikiran kreatif dan kritis dapat diajarkan dengan pelbagai strategi yang memberikan penekanan kepada cara penyampaian yang menggalakkan pelajar berfikir dan menguasai kemahiran serta isi pelajaran yang sedang disampaikan. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran akan memberikan tumpuan kepada cara penyampaian pemikiran kreatif dan kritis, perancangan untuk mengajar pemikiran kreatif dan kritis dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.

DEFINISI PEMIKIRAN

  •   ... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda

atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
(Mayer, 1977)

  •  … merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan

penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
(Fraenkel, 1980)

  •   … ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau

membuat penentuan.
(Beyer, 1991)

Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskan
sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah.


MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.
            Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
            Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam model kemahiran berfikir di bawah :

 
Kemahiran Berfikir dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, Kemahiran Berfikir perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai Kemahiran Berfikir yang asas sebelum mempelajari Kemahiran Berfikir yang lebih kompleks. Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, Kemahiran Berfikir yang akan dipelajari adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas.

No comments:

Post a Comment

NOTA PINTAS NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN VS SONGKET BERBENANG EMAS BIL KATA KUNCI NOVEL PERISTIWA ...