KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
KEMAHIRAN BERFIKIR
PENGENALAN
Malaysia mempunyai sistem
pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga tetapi untuk perjalanan yang
akan datang , guru memainkan peranan yang penting untuk menentukan serta membentuk
generasi kedua. Kejayaan yang dihasratkan dan yang ada kaitan secara langsung
dengan pendidikan di antara yang lainnya termasuklah cabaran keenam dalam
wawasan 2020, iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif,
masyarakat yang inovatif dan memandang jauh ke hadapan. Masyarakat bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi memberi sumbangan kepada kemajuan teknologi
masa hadapan.
Semua manusia menjalani proses
berfikir. Namun, jenis dan cara mereka berfikir adalah berbeza-beza di antara
individu dengan individu yang lain. Kualiti serta buah fikiran yang dihasilkan juga
berbeza. Kemahiran dalam selok belok berfikir kreatif dan kritis amat perlu
untuk tujuan-tujuan seperti mengelakkan kesilapan berfikir, meningkatkan pemikiran
secara kreatif dan kritis, memperkembangkan daya intelek, dan merealisasikan
wawasan 2020.
Pemikiran kreatif dan kritis (KBKK)
mampu mendorong seseorang pelajar untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau
masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah, di samping
keupayaan untuk memproses maklumat dan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.
Idea baru terhasil melalui pengalaman atau gabungan idea-idea yang ada.
Pemikiran kreatif dan kritis dapat
diajarkan dengan pelbagai strategi yang memberikan penekanan kepada cara
penyampaian yang menggalakkan pelajar berfikir dan menguasai kemahiran serta
isi pelajaran yang sedang disampaikan. Oleh itu strategi pengajaran dan
pembelajaran akan memberikan tumpuan kepada cara penyampaian pemikiran kreatif
dan kritis, perancangan untuk mengajar pemikiran kreatif dan kritis dan
aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru di dalam bilik darjah.
DEFINISI PEMIKIRAN
- ... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda
atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan
menyelesaikan masalah.
(Mayer,
1977)
- … merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan
penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
(Fraenkel,
1980)
- … ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau
membuat penentuan.
(Beyer,
1991)
Berdasarkan
kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskan
sebagai
proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah.
MODEL
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir boleh dibahagikan
kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah
kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran
berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli
dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan
idea-idea yang ada.
Strategi
berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi
beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah.
Kemahiran
berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat pertimbangan
secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi
berfikir. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir
kreatif, kemahiran berfikir menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang
ditunjukkan dalam model kemahiran berfikir di bawah :
Kemahiran
Berfikir dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran
asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, Kemahiran
Berfikir perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan
menguasai Kemahiran Berfikir yang asas sebelum mempelajari Kemahiran Berfikir
yang lebih kompleks. Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, Kemahiran Berfikir
yang akan dipelajari adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari
dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding
dan membeza, serta mengumpul dan mengelas.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 2
2 KALIBER
LATIHAN KENDIRI
LATIHAN KENDIRI
LATIHAN BERPANDU
LATIHAN BERPANDU
PENCETUSAN IDEA
PENCETUSAN IDEA
AKTIVITI PENGUKUHAN
LATIHAN KENDIRI
AKTIVITI PENGUKUHAN
KEMAHIRAN LISAN
PENCETUSAN IDEA
AKTIVITI BERKUMPULAN
AKTIVITI KUMPULAN
AKTIVITI KUMPULAN
AKTIVITI KUMPULAN
PENGLIBATAN
Sekretariat
Karnival Keusahawanan Kolej Za’ba
2011.
Rakan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za’ba Sesi 2011/2012.
Rakan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za’ba Sesi 2013.
Fasilitator Program Semaian Kasih Semurni Ikatan 2013.
Unit Keselamatan UPSI Handball Convention 2013.
Rakan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za’ba Sesi 2011/2012.
Rakan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za’ba Sesi 2013.
Fasilitator Program Semaian Kasih Semurni Ikatan 2013.
Unit Keselamatan UPSI Handball Convention 2013.
Pembantu
Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu 2014.
Pembantu
Guru Penasihat Kelab Bola Baling 2014.
Pembantu
Guru Penasihat Kelab Silat Seni Melayu 2014.
Fasilitator
Kem Kokurikulum SMKDHAK 2014.
AJK
Cenderahati Majlis Persaraan Pengetua (Guru) 2014.
AJK Persembahan Majlis Persaraan Pengetua
(Pelajar)2014.
AJK
Pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 2014.
AJK
Persembahan Hari Anugerah Cemerlang SMKDHAK 2014.
MAKLUMAT DIRI
Nama : Anis Izwani binti Md Radzi
No Matrik : D20111047585
Sekolah : SMK Datuk Haji Abdul Kadir, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
NOSTALGIA GURU TUA
Dia
insan istimewa
rela
berkorban harta
buat
anak didiknya
yang
baru mengenal dunia.
Secalit
kasih yang didamba
membuat
ku bahagia
secangkir
madu membelai jiwa
menanam
benih bahagia.
Saban
malam berjaga
melayan
kerenah anakanda
seribu
ilmu dilontar bersama
demi
masa depan mereka.
Biar
terik menerpa wajah
biar
hujan membadai jasad
kau
teguh ikhlas menyirami
bunga
cempaka nan sebatang.
Titipan
doa kudusmu
suapan
ilmu didada mu
memberi
sinar merdeka
pada
jayanya mereka.
Sekalung
budi yang ditanggung
belum
dapat membalas
semangkuk
jasa permata
buat
guru yang tercinta.
Subscribe to:
Posts (Atom)
NOTA PINTAS NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN VS SONGKET BERBENANG EMAS BIL KATA KUNCI NOVEL PERISTIWA ...
-
KEMAHIRAN BERFIKIR PENGENALAN Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga tetapi un...
-
NOTA PINTAS NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN VS SONGKET BERBENANG EMAS BIL KATA KUNCI NOVEL PERISTIWA ...
-
Sekretariat Karnival Keusahawanan Kolej Za’ba 2011. Rakan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za’ba S...